Pengenalan:
1. Tadika Agama Johor (TAJ) adalah program pendidikan pra sekolah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor.
2. Mula ditubuhkan pada Januari 2001.
3. Sehingga Januari 2007 terdapat sebanyak 312 kelas TAJ telah dibuka dengan jumlah murid 4647 orang yang melibatkan 297 orang guru.
Objektif:
1. Memupuk semangat sayangkan Agama, Bangsa dan Negara
2. Memupuk kemahiran asas membaca Al-Quran dan menulis jawi
3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik sebagai Bahasa Kebangsaan
4. Memperkenalkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
5. Memupuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
Syarat-syarat kemasukan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 6 tahun pada tahun berkenaan
3. Tidak mengikuti pendidikan pra sekolah di Tadika lain
Pendaftaran dan Yuran:
1. Yuran bulanan sebanyak RM20.00
2. Pembayaran lain tertakluk kepada keperluan sekolah
Kurikulum:
Kurikulum program pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan kanak-kanak berusia 6 tahun. Matapelajaran yang diajar adalah seperti berikut:
a. Asas Tilawah Al-Quran dan Hafazan
b. Asas Fardu Ain
c. Asas Bahasa Melayu
d. Asas Bahasa Inggeris
e. Asas Matematik
f. Asas Jawi dan Bahasa Arab
g. Asas Sains
h. Asas Pendidikan Seni
Ko-kurikulum:
Aktiviti ko-kurikulum TAJ menekankan aspek amali seperti aktiviti amali solat, berwuduk dan pergerakan-pergerakan asas yang berorientasikan syariat Islam. Antaranya adalah :
1. Pendidikan Jasmani
2. Lawatan Sambil Belajar
3. Majlis Keraian Hari-hari Kebesaran Islam
4. Hari Terbuka
5. Tilawah Al-Quran
6. Penyampaian Sijil TAJ.
Struktur Pembelajaran:
a. Jam pertemuan tiga jam sehari
b. Hari persekolahan lima hari seminggu
c. Tempoh pembelajaran selama setahun
d. Masa pembelajaran 8.00 - 11.00 (sesi pagi) dan 2.00 - 5.00 (sesi petang)
e. Jumlah murid antara 15 - 25 orang bagi satu kelas.
Peperiksaan & Penilaian:
Peperiksaan dan penilaian dilakukan melalui ujian lisan, amali dan ujian bertulis
Ujian lisan dan amali
i Bacaan Al-Quran
ii. Hafazan Al – Quran
iii. Amali Solat dan Wuduk
Ujian bertulis berdasarkan semua matapelajaran yang dipelajari
Halatuju TAJ:
Selepas TAJ murid-murid boleh melanjutkan pelajarannya ke Tahun 1 Sekolah Kebangsaan dan Darjah 1 Sekolah Agama Negeri Johor atau mana-mana sekolah yang menjadi pilihan ibu bapa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan