27 Februari 2010

PERTANDINGAN MEWARNA TAJ



Sabtu 27 Februari 2010 bersamaan 13 Rabiul Awal 1431. Majlis Guru-Guru Tadika Agama Johor (MATAJ) Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Pendidikan Agama Kota Tinggi telah menganjurkan pertandingan mewarna murid-murid TAJ. Seramai 159 murid TAJ seluruh daerah telah menyertainya. Peserta terdiri dari kategori lima dan enam tahun. Pertandingan yang diadakan di ruang legar Kip Mart Kota Tinggi bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang telah ditaja oleh Kip Mart Kota Tinggi dan Marry Brown.


Menurut Ustazah Noor Hanim binti Abu Bakar, Pengerusi MATAJ, antara tujuan dan matlamat diadakan adalah untuk membina pelajar yang cerdas mental dan fizikal,disamping dapat menghadapi pelbagai bentuk keadaan dan suasana sekeliling.
Dalam ucapan alu-aluan, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi, Tuan Hj.Ahmad Dhiauddin bin Hj.Salimin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada MATAJ kerana berjaya menganjurkan program tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Kip Mart dan Marry Brown kerana sudi menaja dan menganjurkan pertandingan tersebut.

Adik Dinie Balqis dari Taj Sekolah Agama Bandar telah menjadi johan kategori enam tahun dan adik Maizatul Arifah binti Md.Tahir dari Taj Sekolah Agama Bukit Lintang johan kategori lima tahun. Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Hj.Mohd.Nasir bin Hj.Wahid, Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Agama Johor.

03 Februari 2010

TAKWIM PPAD 2010

Januari 2010
1.
2.

Februari 2010
1. Mesyuarat Guru Besar pada 3.2.2010 di Pusat Kegiatan Guru Kota Tinggi
2. Menghantar Guru-Guru ke Multaqa Ulama pada 4 .2.2010 di Persada Johor.
3. Taklimat GPK 1 bersama Unit Pengurusan Akademik pada 9.2.2010 di Pusat Kegiatan Guru
4. Pertandingan Mewarna pkt daerah TAJ pada 27.2.2010 di Kip Mart